KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 bilion (AS$1=RM4.79) setakat 15 Feb, 2024, berbanding AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024.
Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$102.9 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa ((AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM634.18 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.72 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.31 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM61.53 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM186.31 bilion), mata wang dalam edaran (RM169.88 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM156.39 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM18.26 bilion), deposit lain (RM39.57 bilion), kertas Bank Negara (RM30.71 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.24 bilion).
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 billion (AS$1=RM4.79) setakat 15 Feb, 2024, berbanding AS$114.8 billion pada 31 Jan, 2024. - Gambar fail/BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 Mac 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Aset Bank Negara meningkat kepada RM631.26 bilion pada 2023
Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 1.97 peratus kepada RM631.26 bilion pada 31 Dis, 2023.
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Feb 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.85 bilion pada akhir Jan 2024 - BNM
Data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.4 bln pada 15 Feb 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 bilion setakat 15 Feb, 2024, berbanding AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.